Monday, March 5, 2012

KEPENTINGAN SOLAT



‎"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" - azZariyat(56)

Solat ialah ibadah yang telah diwahyukan kepada Rasulullah SAW secara terus daripada Allah SWT tanpa Jibrail AS sebagai perantaraan pada kebiasaannya. . maka jelaslah, solat ialah sangat penting pada setiap umat Islam dan sesungguhnya, seperti sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembah yang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain"

Seorg mukmin yg sebenar sudah tentu tak akan mencuaikan ibadat solat fardhu yg diwajibkan ke atasnya termasuklah MENJAGA WAKTU SOLAT, MEMATUHI TERTIB SOLAT dan sbagainya di samping MENGERJAKAN IBADAT SUNAT seperti solat sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. .sesungguhnya solat itu jika dikerjakan dgn sempurna dpat mencegah sseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mngerjakan ibadat sambil lewa tak akan dpt mrasai nikmat ktenangn dan ktakwaan yg sebenar kpd Allah SWT seperti firman Allah: "…dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”.-Al-Ankabuut(45). .org yg mngerjakan ibdat dgn smbil lewa akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. .oleh itu, kita akn dpt tngk ramai orang yang tidak segan silu mlakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya. . maka, rebutlah sgala pluang yg ada semasa hidup di dunia ini untuk mngerjakan kebaikan sbgai bekal di akhirat kelak=)

*Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari^^,

No comments:

Post a Comment