Monday, March 5, 2012

SEKSA NERAKA



Assalamualaikum warahmatullah. .
Ingatlah sahabatku yg dirahmati Allah, hidup kita tak lama. . umur kita bukan makin bertambah, tp sebenarnya makin berkurang kerana kita mnghampiri hari yang mana nyawa pasti terpisah dari jasad. . jangan terus lalai sahabatku. .

"alaaa. . dah tua nnt aku bertaubat lah. . Allah kan MahaPengampun!"
bukan smua dapat mati semasa sudah tua. .Allah dah tentukan masanya, tp kita tidak tahu. .mungkin tahun depan, mungkin bulan depan, mungkin minggu depan, mungkin esok, mungkin hari ini dan mungkin juga setelah kita abis baca status ini. . kita tak tahu. . jadi bersedialah menghadapi saat itu. .jika kita tiba2 mati dan pada masa yang sama dalam keadaan lalai dalam mngerjakan perintah Allah SWT. . SyurgaNya layak kah buat kita ? bersedialah mnghadapi seksaan api neraka yg berkali-kali ganda lebih panas dr api dunia

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur Ingkar kepada Ayat-Ayat Keterangan Kami, Kami akan Membakar mereka dalam Api Neraka. Tiap-tiap kali Kulit mereka Masak Hangus, Kami Gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa Azab Sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."-An-Nisaa' 56

"Sesungguhnya orang-orang yang Berdosa berada dalam keadaan Sesat (di Dunia), dan (di Akhirat pula mereka berada dalam) Api Neraka. Semasa mereka Diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas Muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran Api Neraka."-Al-Qamar 47,48

"Sesungguhnya pokok Zaqqum. (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang Berdosa (dalam Neraka). (Makanan ini pula Panas) seperti tembaga Cair, Mendidih dalam Perut. Seperti Mendidihnya Air yang meluap-luap Panasnya."-Ad-Dukhaan 43,44,45,46

berubahlah. .impikanlah syurga, ketepikanlah neraka. .jadi, lakukanlah amalan yg dpt mmbawa ke arah syurga bukan ke neraka. . sesungguhnya, jalan menuju ke syurga terbentang luas. .jangan hidup hanya berlandaskan nafsu. .solat memang prkara yg pertama akan dihisab di akhirat kelak nnt. .walaupun kamu solat cukup 5waktu, tp jika tidak melaksanakan perintah Allah yg lain, ke neraka jua akhirnya=)

No comments:

Post a Comment